MyGothSoul menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi bukti-bukti dan penerangan yang mendakwa Rozana telah menipu kecederaan yang dialami untuk menyembunyikan perkara sebenar. Mungkin kerana tidak tahan dengan penipuan yang dilakukan oleh Rozana, MyGothSoul tampil untuk membersihkan nama baik Awie.

Antara yang mencuri perhatian ialah penjelasannya mengenai satu artikel yang pernah dipampangkan di portal Murai. Di dalam artikel ini, kakak kepada Rozana iaitu Haliza Misbun memaklumkan yang adiknya berada dalam keadaan sakit teramat sangat dan tidak ingat bagaimana gambar kecederaan itu boleh diambil. MyGothSoul tampil menjelaskan satu demi satu perkara itu.

VERSION 1: Saya rasa lama dah diam. Sebelum saya comment mohon semua faham bahawa apa yang Awie buat Tak betul Dan apa yang Rozana Buat LEBIH tak betul. Biar tuan punya badan nanti cerita di mahkamah. Dan saya nAk Tolong #halizamisbun mencari jawapan yang dia cari.

Perenggan pertama:

Tak tahu mana Datang gambar tu? Pasti Dari keluarga misbun sebab yang Ada collection iTu ialah #rozanamisbun especially gambar Dari semua sisi ni. Menurut Rozana dia tak pernah bagi Kat sesiapa pun sebab takut tersebar. Gambar masa hari pertama masuk hospital tak pulak dia tunjuk. Agaknya masa tu lighthing tak bagus kut jadi lebam tak nampak dramatic sangat.

Perenggan kedua:

Keberanian tu halizamisbun memang Ada. Semua org tahu halizamisbun berani. Rozana dalam kesakitan masa ambik gambar tu? Tak delah sakit mana kut Kalau dia boleh suruh maid Tolong ambik gambar tu . Apa pun gambar tu koleksi peribadi. Kalau tersebar mesti lah Dari Rozana. Tak payah lah nAk innocent sangat. Drama keluarga misbun ni Dan banyak kami Lihat maklumlah keluarga pelakon. Dalam kesakitan yang teramat sangat tapi boleh chat panjang lebar semua. Lepas tu esok boleh keluar Pergi bangsar, putrajaya semua. Wah mesti kuat kan Rozana ni. Sampai boleh Pergi Jalan lepas kena pukul.

Perenggan Ketiga:

Bak kata saya tadi, gambar tu ambik Pakai phone dia. Dalam phone dia. Dia yang tunjuk kan. Takkan lah tak ingat. Tapi saya pun Ada satu je gambar tu. Bukan Dari semua sisi . Hanya sisi depan. Di hantar melalui bbm. Cuba Tanya Kalau dia ingat. Dan Cuba Tanya Kat Siapa lagi Rozana ni mengadu domba Dan Kirim gambar gambar ni. Mungkin Dari situ dia boleh ingat. Takkan amnesia kot. Cuba Tanya Tanya Kat Rozana brand brand handbag, atau kasut atau fesyen, ingat lagi tak? Kalau masih boleh ingat ok lagi lah tu

Satu statement Rozana buat didepan kami ialah “me ni dah terlalu banyak menipu sampai lupa apa yang me tipu” I come from background of spouse abuse. Trust me in her case is not spouse abuse at all. Example, you caught your wife finish all your kids education fund over gambling or drug. What would you do?

Selain daripada keterangan diatas, MyGothSoul juga turut memuatkan beberapa ‘screenshot’ yang didakwa perbualannya dengan Rozana Misbun. Salah satu yang mencuri perhatian ialah ‘screenshot’ yang menunjukkan laporan polis dilakukan oleh Rozana untuk menutup cerita mengenai duit.

Malah MyGothSoul juga turut mempersoalkan komen salah satu anak Awie di Instagram bernama “Aleeya” yang menunjukkan sebenarnya hubungan antara Rozana dan anak-anak adalah tidak baik. MyGothSoul mendakwa air mata yang mengalir pada Rozana dalam video temuramah ini adalah palsu semata-mata.

Ada beberapa lagi bahan bukti dan penjelasan yang ditampilkan oleh MyGothSoul untuk membela Awie dan menunjukkan yang Rozana telah menipu. Nasihat admin, baca boleh percaya jangan. Biarlah kes ini diselesaikan di mahkamah. Makin complicated nampaknya. Tak tahu sapa benar sapa salah. Sama-samalah kita tunggu perbicaraan. Maklumat lanjut di Instagram MyGothSoul. [beautifulnara.com]

Post a Comment

 
Top