GEMPAR! Hanya Kerana Berkongsi Felixia Yeap Berkongsi Pengalaman Berterawih,Dimaki Betina Secara Pukal
Ramai menanti pengislaman Felixia Yap pada hari ini, Felixia Yeap yang bakal memeluk Islam hari ini menegaskan tiada liputan media akan dibenarkan.
Kalau diikutkan janjinya, pada 5 Ramadan ini, Felixia Yap akan mengucap dua kalimah syahadah dan insyaallah akan menukarkan namanya kepada nama yang lebih Islamik. Dalam proses tersebut, rupa-rupanya Felixia telah mula mengikuti amalan-amalan sunat ketika Ramadan seperti bertarawih. Beliau turut berkongsi di facebooknya pengalaman pertama menunaikan solat sunat terawih.
Menurut Felixia lagi beliau telah mengikuti solat terawih tersebut tiga hari berturut-turut. Namun begitu masih banyak yang perlu beliau pelajari, terutama bacaan dan kiraan solat tersebut.
Beliau turut tersentuh hari dengan seorang warga emas yang gigih melalukan solat tersebut walaupun dalam keadaan yang agak uzur.
Status tersebut menerima hampir 1300 komen dan dalam banyak-banyak komen tersebut, ada juga yang ‘bengang’ dengan perkembangan gadis comel ini, yang selalu ‘update’ maklumat terbarunya di facebook.
Menggunakan nama Rose Liena, beliau menulis “woiiii betina cukup2lah update ko nk masuk islam…tutup semua gambar bogel ko tu!! baru i bagi u 1 like Ok…”
Ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan Rose Liena yang menggunakan bahasa kesat ketika melemparkan komen, namun masih ada juga yang “like” komen tersebut. Sepatutnya dia menghormati Felixia Yap, kegembiraan dia untuk menganut agama islam.
Semoga selepas ini, tiada lagi tanggapan negative selepas Felixia benar-benar memeluk Islam. Ramai di luar sana menunggu mesej Felixia Yap tentang pengislamannya hari ini. Sama-sama kita nantikan.



Post a Comment