Minggu lepas kecoh pasal satu mesej twitter Azwan Ali berkenaan makanan bazar ramadah yang di umpamakan semacam sampah. Banyak yang menghentamnya apabila beliau mengeluarkan kenyataan seperti berikut.
Pengacara yang sering kali mencetuskan kontroversi ini, dinasihatkan supaya tidak lagi membuat kenyataan berbaur penghinaan terhadap bangsa Melayu terutamanya membabitkan peniaga-peniaga kecil apatah lagi di bulan Ramadhan.
Ketua Penerangan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (PEKIDA) Shahril Abdul Aziz menyatakan kenyataan celupar sedemikian tidak sewajarnya dikeluarkan oleh Azwan.
“Jangan mahu menghina bangsa Melayu. Kalau tak sedap, jangan beli.
Kalau rasa tawar sekalipun ia akan menjadi nikmat dan itulah kelebihan orang yang berpuasa. Jangan ingat dengan glamor, jalankan ibadah umrah banyak kali pun tak guna kalau mulut busuk,” katanya.
Di harap selepas ini tiada lagi kenyataan dari Azwan Ali tentang makanan yang di hidangkan di bazar Ramadan, sebab ini akan menguris hati banyak pihak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


Post a Comment