Mesti ramai tahu yang Neelofa, penulisan Neelofa  ada menulis Neelofa pada setiap hari Ahad di Harian Metro memang sangat menarik untuk dibaca oleh sesiapa sahaja. Apa yang membuatkan ianya menarik adalah perkongsian mengenai perkara peribadi yang terjadi kepada dirinya menyebabkan si pembaca merasa rapat dan dekat dengan Neelofa

Umum juga mengetahu yang Neelofa sudah mengambil keputusan untuk berhijrah pada awal Ramadan lalu, Admin tertarik untuk berkongsi kata-kata yang mampu menjadi perangsang buat muslimah di luar sana yang ingin berhijab tetapi terlalu memikirkan pendapat orang sekeliling. Tulis Neelofa:-

Lofa terbaca satu kata-kata yang buat Lofa sangat tersentuh. “You can’t please everybody, so put God first and let the rest fall in place”. Bila Lofa hayati kata-kata ini, hati terus sayu.



Lofa terfikir selama ini sibuk nak jaga hati orang itu, apa orang ini akan cakap dan sebagainya, tapi Lofa tak terfikir pula kepentingan ‘apa Tuhan akan kata’.

Mulai saat itu, Lofa tahu ini yang terbaik untuk Lofa dan tekad untuk berhijab. Kita tak boleh menutup mulut orang, tapi Lofa nak beri semua orang beri peluang dan sokongan supaya Lofa terus istiqamah dalam apa yang Lofa lakukan.

Kata-kata ini sedikit sebanyak akan meresap ke dalam hati Muslimah di luar sana yang membacanya. Apa yang berlaku ada hikmahnya, hidayah rahsia Allah swt untuk umatnya yang terpilih. Apa pun semoga Neelofa istikamah berhijrah selama-lamanya.-beautifulnara

Post a Comment

 
Top