"Saya melihat FENOMENA CDM 25 ini sesuatu yang membimbangkan.. Saya tak jangkakan sampai gitu sekali awam akan cuba mendekati beliau serta mendedahkan pada media sosial.. Keghairahan orang ramai, para blogger, pencari maklumat dan mendedahkan pada media sosial sangat menjengkelkan.



Saya rasa masyarakat di MALAYSIA ini sebenarnya STRESS.. TERTEKAN dengan PELBAGAI PERKARA.. Masing2 cuba mencari ruang2 bagi melepaskan tekanan.. Bila mana datang sesuatu BAHAN BESAR utk dieksploitasi.. maka keluarlah pelbagai caci maki serta pendedahan maklumat yang hampir beberapa inci sahaja lagi dengan batang tubuh beliau..


saya melihat ini sesuatu yang TIDAK SEHAT.. semasa isu isteri mat yo misalnya.. kebanyakan kita menyatakan TIDAK SETUJU dan HANYA MENGECA sahaja.. tidak sehingga mendedahkan maklumat peribadi serta melayani beliau TANPA ada ruang2 utk beliau bernafas..

Masyarakat Malaysia terlalu stress dengan apa yg berlaku.. dari ekonomi.. politik.. perbalahan bangsa dan agama.. semuanya membosankan dan memberi tekanan kpd masyarakat.. amat malang sekali isu KIKI CD25 ini lahir tatkala rasa marah, bosan, stress dan rasa kurang selesa itu sedang membuak2 di kalangan rakyat khususnya di kalangan orang melayu dan beragama ISlam..

Saya berharap kita LEBIH RASIONAL utk hari ini dan hari2 akan datang.. KESILAPAN TELAH BERLAKU.. tiada siapa yg boleh mengubahnya.. KEMAAFAN telah diminta dan TELAH pun diberi.. tiada SIAPA YG CEDERA, TERLUKA atau HILANG NYAWA.. kerosakan pun dah ada yang sanggup ganti..


Cukuplah.. belajarlah memaafkan.. belajarlah memberi peluang.. belajarlah utk berlapang dada.. Jadikan Ramadhan ini bulan penuh kemaafan dan kaseh sayang..

Sekian. Jazakallah..





sumber:rakyatnews

Post a Comment

 
Top