Memetik sumber BH Online, pada mulanya, Umie enggan menghebahkan soal penghijrahannya kerana ia dianggap peribadi membabitkan dirinya dan Allah. Namun, ketika bertemu dengannya pada hari pengebumian Allahyarham Datuk Sharifah Aini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Petaling Jaya, kelmarin, Umie terbuka bercerita mengenai perubahannya. Umie mengakui, keberkatan Ramadan mendorong dirinya untuk terus berhijab.
“Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa. Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal. Ketika menunaikan solat tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100 peratus. Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. InsyaAllah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya,” katanya.
Jom kita lihat beberapa foto yang mereka kongsikan dibawah:
Alhamdulillah, rezeki ada dimana-mana. Yang penting jaga aurat sebagaimana tuntutan agama. Bagaimana pula dengan Erra Fazira? Difahamkan, gambar Erra Fazira bertudung itu hanyalah ketika dia bersama Umie pergi solat Terawih. Jadi tiada pengesahan samada Erra juga sudah berhijrah untuk bertudung. Apapun sama-sama kita doakan yang sebaiknya buat mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








Post a Comment