Pasukan penyelamat di Ukraine difahamkan telah menemui 251 mayat dan 86 cebisan daging manusia sehingga petang semalam di lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Grobovo.

Para anggota Kementerian Hal Ehwal Kecemasan Ukraine yang mengadakan operasi mencari mayat di lokasi nahas bertindak membawa mayat berkenaan ditempatkan di dalam sebuah keretapi dengan gerabak dingin.

Keretapi berkenaan mayat kini disekat pula perjalanannya di bandar Torez kerana pihak pemberontak pro-Russia di kawasan itu menyekat jalan keluar, memetik laporan Reuters.

Memetik laporan laman web Irish Independent (II) pula, mayat-mayat berkenaan ditempatkan dalam empat gerabak peti sejuk dan kini menjadi fokus dan tumpuan dunia berkenaan insiden MH17 itu.

Sebelum ini, mayat-mayat itu dilihat dibiarkan di kawasan ladang bunga matahari berkenaan selama dua hari dan diperhatikan oleh pasukan pemberontak dari kumpulan digelar Republik Rakyat Donetsk.

Menurut laporan itu, malam tadi kira-kira 100 beg mayat berisi jasad penumpang MH17 disusun di tepi jalan raya berhampiran lokasi nahas.

Mayat kemudiannya dimuatkan ke dalam beberapa buah lori oleh pemberontak di bawa pergi pada waktu malam. Pemandu-pemandu lori tidak mengetahui ke mana mayat itu akan dibawa sehinggalah kewujudan keretapi berkenaan.

Difahamkan kira-kira 196 mayat sudah pun dimasukkan ke dalam gerabak-gerabak itu menjadikan jumlah yang masih hilang ialah 102 mayat.

Disamping menjadi tumpuan dunia, mayat ini juga mungkin menjadi punca utama perbalahan beberapa negara Eropah khususnya Belanda yang mempunyai bilangan penumpang paling ramai di dalam pesawat berkenaan.

Terdahulu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry mendaka Presiden Russia Vladimir Putin dilihat gagal memberikan akses selamat kepada pasukan penyiasat antarabangsa ke lokasi nahas.

Ketua puak pemisah yang Alexander Borodai, berkata meninggalkan mayat-mayat terbiar sebegitu rupa merupakan satu tindakan tidak berperikemanusiaan.

Malaysia sudah pun menghantar satu pasukan khas untuk memulakan siasatan di samping menghantar Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan juga Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk mempercepatkan usaha masuk ke lokasi nahas pesawat MH17. – MYNEWSHUB.MY

Post a Comment

 
Top