Punca Sebenar Dazrin Dan Amyra Rosli Tidak Jadi Kahwin Pada 8 Ogos Akhirnya Terjawab?
Seperti yang kita maklum, pelakon Dazrin Kamarudin dan Amyra Rosli sepatutnya melangsungkan perkahwinan mereka pada 8 Ogos 2014 iaitu pada hari Jumaat ini. Namun, majlis pernikahan tersebut telah dibatalkan dan perkara tersebut telah disahkan oleh Amyra dan Dazrin sendiri.
“Saya minta maaf pada semua, majlis (nikah) kami pada 8 Ogos ini terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Memang semua persiapan sudah siap tapi kad jemputan belum diedarkan lagi. Kalau ditanya sebabnya, maaf saya tak boleh kongsi, ia terlalu peribadi,” ujar Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, yang dipetik dari Harian Metro.
gambar mesra Dazrin bersama pelakon Ramona Zamzam di lokasi penggambaran yang tersebar baru-baru ini sebagai punca. Malah sumber berkenaan turut memberitahu, pasangan ini mengambil keputusan membatalkan pernikahan mereka pada minggu terakhir Ramadan lalu juga kerana konflik dalaman.
“Saya beritahu perkara ini untuk mengelakkan orang ramai tertanya-tanya kenapa kami senyap saja sedangkan majlis sudah dekat. Saya juga nak mohon maaf kepada semua terbabit yang membantu persiapan majlis atas pembatalan ini,” tambah Amyra.
Sementara itu, Dazrin pula berkata, pihaknya tidak berniat membatalkan perkahwinan mereka tetapi terpaksa menangguhkannya ketika ini.
“Saya masih sayangkan Amyra. Cuma tarikh nikah Jumaat ini memang tak jadi. Ada banyak perkara yang perlu dibincangkan dulu. Saya tak mahu dianggap lepas tangan. Insya-Allah, selepas semua salah faham diselesaikan, mungkin akan ada tarikh lain. Saya juga minta maaf pada semua pihak,” ujarnya yang menyangkal dakwaan pembatalan majlis disebabkan orang ketiga.
Untuk rekod, Dazrin dan Amyra mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos 2013.-ammboi


ramona zam zam ni ..memang suka caras hak orang ke
ReplyDelete