Heboh di laman sosial facebook mahupun media cetak apabila kemaluan seorang lelaki tersekat dengan gelung besi penyambung. Memang memeranjatkan sesiapa yang membacanya.

Khidmat khas Jabatan Bomba dan Penyelamat memotong cincin yang tersangkut di kemaluan seorang lelaki di Kelantan. Rupa-rupanya cincin yang dimaksudkan adalah gelung besi penyambung atau bearing kenderaan.

Pemuda yang terlibat dalam kejadian gempar lagi memalukan ini menyatakan dia melakukan perbuatan berkenaan hanya suka-suka sahaja sekitar jam 5 petang, Sabtu lalu di rumahnya yang terletak di Kampung Dewa Beta.

Namun, bearing tersebut tetap tidak dapat dikeluarkan walaupun selepas puas berusaha sendirian sehingga menyebabkan kemaluannya membengkak. Selepas menahan sakit selama 11 jam, akhirnya pemuda itu mengalah dan meminta bantuan bapanya lantas dia dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) kira-kira jam 3 pagi hari Ahad.

Doktor pun tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengeluarkan bearing tersebut kerana kemaluannya membengkak hingga terpaksa meminta bantuan unit kecemasan bomba (Emergency Medical Rescue Team EMRS).

Macam-macam hal, hendak buat suka-suka yang jadi duka. Nasib baik bearing kereta tersebut boleh di pisahkan oleh bomba, pengajaran kepada mangsa. Inilah kalu tak ada kerja lain nak buat.huhu.





sumber

Post a Comment

 
Top