Bunuh Diri Setelah Bertengkar Dengan Suami
Seorang surirumah maut selepas terjun dari bangunan pada tengah hari semalam di Apartment Cammelia Kajang.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.45 petang itu, Nurhasyaiwany Razid, 28, bertindak terjun selepas dia bergaduh dengan suaminya.
Suaminya Azmi Abd Rahman berkata, ketika kejadian itu, dia berada di dalam bilik mengemas pakaiannya. Setelah selesai mengemas pakaian, dia mendapati isterinya telah terjun dari koridor rumah mereka.
Azmin bergegas turun ke bawah melihat keadaan isterinya, tetapi mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat. – Media Online


Post a Comment