Berikut dipetik dari sumber media, pelanggan berkenaan (namanya dirahsiakan) secara terbuka mendoakan anak cucu Mawar dan Fizo Omar menjadi pengemis dan tidur di kaki lima bagi merasai apa yang dirasakan oleh peminat-peminat Fareeda yang terpaksa beratur panjang dan lama semata-mata ingin mendapatkan tudung baru Fareeda. Ia hanya kerana pelanggan berkenaan kecewa dengan janji mereka dan gagal mendapatkan tudung Fareeda pada 7 Jun yang lalu.
fizo omar dan mawarpeminat doa fizo dan mawar jadi pengemis
Menurut komen yang diterbitkannya, ia berikutan ketiadaan stok seperti yang dijanjikan. Katanya lagi, peminat Fareeda sanggup berbaris panjang, berpeluh, sampai pengsan pun ada tetapi akhirnya tertipu dengan janji manis mereka. Lantas Mawar dan Fizo dilabelkan sebagai beruk dan kuat menipu. Dasyat juga tu…
peminat doa mawar dan fizo jadi pengemis
Pada pendapat admin, pihak Tudung Fareeda sewajarnya sudah maklum akan masalah ini. Masalah yang berulang berlaku setiap kali Fareeda mengeluarkan tudung yang baru. Pasti ada sahaja pelanggan mereka yang ‘menggila’ mahu mendapatkannya. Jadi, jika pihak Fareeda berniat untuk keluarkan stok yang sedikit demi menjaga ekslusif tudung berkenaan, maka beritahulah awal-awal bahawa tudung berkenaan ada 10 helai sahaja contohnya. Bolehlah pelanggan yang datang lewat mengalah lebih awal. Atau sekiranya mereka nekad untuk menunggu juga maka itu adalah tanggungjawab mereka sendiri.
p/s: Sama-sama kita doakan yang baik agar Tudung Fareeda keluarkan stok banyak sikit?


Post a Comment

 
Top