Cheras – Kuala Lumpur: Pagi Selasa Berlaku Satu Kemalangan Ngeri
Melibatkan Sepasang Suami Isteri Muhammad Hafiz Ab Rahmn, 28, menghantar
isterinya, Norsha Ahmad,35 ke tempat kerja di Taman Shamelinyang dari
rumah mereka di Baju 9 Cheras.
Dalam keadaan jalan yang tidak terurus disebab oleh pembinaan MRT,
motosikal yang dibawa mereka cuma mengelak sebuah kereta mewah yang
melalui jalannya itu lalu hilang kawalan dan terjatuh.
Malangnya bagi pasangan tersebut apabila ada sebuah lori sarat dengan
pasir mengekori mereka dari belakang terus menggilis si isteri.
Manakala si suami pula telah selamat kerana dia berada di tengah-tengah
ruang antara tayar lori terbabit.
Dalam keadaan terkejut, tergamam, dia mendapatkan isterinya yang
terbaring di atas jalan tidak bernyawa lagi dan keadaan fizikal yang
sangat menyayat hati.
Melihat keadaan isterinya dalam kedaan begitu lantas beliau membuka baju
bagi menutup mayat isterinya. Orang ramai kemudiannya memberikan
sehelai lagi baju untuk menutup mayat tersebut.
Bagi anggota trafik bertugas, melihat kecekalan dan tabahnya Muhammad
Hafiz apabila sama-sama mengumpulkan cebisan mayat isterinya dan
membantu mencuci jalan kesan dari kemalangan ini.
Menyedihkan lagi, pasangan ini mempunyai seoarang anak lelaki yang baru berusia 6 bulan, Muhammad Adam Mishary.
Muhammad Hafiz merupakan pelajar pengajian Islam di sebuah madrasah di
Sri Petaling, manakala arwah isterinya merupakan pekerja sebuah kilang
roti di Taman Shamelin. - SiakapKeli.com
Sumber: ondscene.my











Post a Comment